Friday, December 16, 2011

Light cheese cake!

Assalamualaikum kembali...

Bersambung kembali yer..my 2nd recipe yang kite nak share hari ni is light cheese cake..

Betul la bagai di kata..kek ni mmg lembut jer and rasanya pon very light..tak muak sangat..dan yang penting tak manis sangat..so bolehla cik abang kite telan..hihi rase die ala-ala Japanese souffle cake gitu..


Malas nak berceloteh panjang..jom kite jenguk resepi ni...resepi ni pon kite ambil dari dapur Kak Hasue..banyak dah resepi Kak Hasue yang kite cuba dan hasilnya tak mengecewakan..yang penting Kak Hasue sangat bermurah hati tunjukkan cara-cara membuat siap dengan tutorial sekali..sila la jenguk blog beliau yer..

RESEPI LIGHT CHEESE CAKE


Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


Last but not least, juri mesti kene try...best ke tu??hihi


No comments:

Post a Comment