Friday, December 2, 2011

Resepi puding karamel

Assalamualaikum and salam petang Jumaat yang penuh barakah..:)

Lamenyer tak update kan..harini takde hupdate pasal anak2 yer.. kite nak hupdate 2 resepi so that nak buat lain kali kalau buat senang..boleh rujuk kat sini jer and tak payah nak menyelongkar dalam buku resepi lagi dah..boleh tengok sekali ngan rupe kejadian lagi tau (be it rupa kejadian itu cantik atau tidak hihi)...satu yang kite wat sokmo yang satu lagi kite baru cuba hari ni..



The first recipe is caramel puding atau pon kite duk panggil puding karamel/gula hangus..memang dessert ni kite selalu buat and letak dalam fridge..sok luse konpem abeh..ngeh3..antara banyak2 resepi yang kite cuba yang ni kite rase resepi yang paling senang dan ringkas..senang nak ingat dan senang nak hapal..ok2 tak mo cerita panjang..moh kite tengok resepi nyer..


RESEPI PUDING KARAMEL

Bahan puding
1 tin susu cair
4/5 biji telur (kalau size A pakai 4 biji suda..)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan gula hangus
1 cawan gula + 1/2 cawan air

CARA-CARANYA

1) Pertama sekali, kita buat gula hangus dulu yer..masukkan gula tadi dalam periuk..then kacau sehingga warna gula tersebut bertukar menjadi keperangan.
2) Lepas tu, terus masukkan air (please be careful semasa masukkan air coz gula tadi akan meletup..kalau yang ade anak kecik tu ikat dulu jauh2..hihi)
3) Then kacau sehingga semua gula hancur dan masukkan ke dalam loyang. Ketepikan.

Proceed dengan membuat puding pulak yer..

4) Satukan gula dan telur dan kacau rata.
5) Then, masukkan susu cair dan vanilla dan whisk dengan menggunakan hand whisk(tak perlu whisk kan lama2 yer..kalau malas,nak masuk blender pon boleh)
6) Sekarang boleh di tuang ke dala loyang yang berisi gula hangus tadi (Untuk hasil yang cantik dan tak ketul2, boleh tapiskan semasa menuang adunan tadi ke dalam loyang.)

There are 2 choices here samada korang nak bakar atau kukus. Rasa die sama jer.Terpulang la yer..:)

7) Bagi yang nak bakar, make sure korang panaskan dahulu oven dalam 10 minit. Then bakar menggunakan kaedah 'steam bath' atau 'water bath' (masukkan loyang puding ke dalam satu loyang yang lebih besar dan tuangkan air panas ke dalam loyang besar tersebut kira2 separuh dari loyang puding..paham ke dak nih??). Bakar pada suhu 160-180 selama 40 minit.
8) Bagi yang nak kukus, kukuslah seperti biasa selama 30-45 minit.

Cara untuk melihat samada puding sudah masak ke belum sama seperti menguji kek yer..just guna lidi atau garfu dan cucukkan pada puding. Kalau takde terlekat pada lidi atau lidi tu keluar licin, dah masak la tu yer..

Bila dah siap bakar/kukus, keluarkan loyang dari pengukus atau oven dan biarkan sehingga puding sejuk.

Then balikkan ke atas pinggan laju2 (hihi) dan bolehlah masukkan ke dalam fridge untuk menyejukkan puding tersebut untuk lebih nikmatnya...nyum2!!

Resepi seterusnya next entry lah..nak mandikan anak jap..haha

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment