Tuesday, November 15, 2011

Resepi Sup Tulang Aidiladha

Assalamualaikum wbt.

Sup tulang menu semalam..sup tulang or ape jenis sup pon mmg favourite kite..so alang2 tulang lembu qurban aritu masih ade lagi so kite buat la sup..resepi ni versi sendiri yer..


RESEPI SUP TULANG

1kg tulang lembu
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1 sup bunjut
1 kiub pati ayam
1/2 batang carrot
1 batang saderi
4 biji ubi kentang (potong 4)
Rempah 4 sekawan
Garam dan gula

Bawang goreng, daun sup,cili padi, perahan limau nipis

CARA-CARANYA

1) Rebus tulang lembu terlebih dahulu sehingga tulang lembut..haha takdelah..rebus sehingga dagingnya lembut..boleh letak sup bunjut sekali terus yer..

2) Setelah itu, tumiskan rempah 4 sekawan, bawang besar hiris, bawang putih hiris, halia hiris dan lengkuas yang dititik

3) Setelah garing campakkan dalam rebusan tulang-temulang tadi

4) Then bolehlah masukkan serai yang dititik, kiub pati ayam,potato, carrot dan saderi.

5) Lepas tu, bolehlah perasakan dengan garam dan gula

6) Hiaskan dengan bawang goreng, cilipadi,daun sup dan perahkan juga sedikit limau nipis

7) Hidangkan dengan nasi putih..kalau ade sambal kicap lagi terangkat :)

No comments:

Post a Comment