Thursday, November 3, 2011

Resepi Nasi Tomato and Ayam Masak Rose

Assalamualaikum wbt..
Ini ialah menu untuk breakfast pagi tadi..breakfast agak heavy hari ni sbb kite terlebih rajin..Ini pon entry ke berapa entah tuk hari ni...kan bagos kalau hari2 vitamin R berlebihan macam ni..haha

So tak nak cakap banyak2..moh kite tengok resepinye..sila2!


RESEPI NASI TOMATO

Source : Mesra.net
Bahan- bahan (4 orang)
2 cawan Beras Basmathi
2 biji tomato - potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu cair/fresh milk
3 sudu besar sos tomato
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan - disimpul
Garam

Bahan Tumis
2 sudu besar mentega/minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 biji pelaga
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 bawang besar - hiris

Hiasan - bawang goreng, daun ketumbar dan kismis

Cara penyediaan

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.


RESEPI AYAM MASAK ROSE

Source : Anis Nabilah

Bahan-Bahan
  • 2 ekor ayam dipotong 4 dan digoreng
  • Minyak masak
  • 3 biji bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 biji bunga cengkih
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 genggam cili kering (dikisar)
  • 10 biji bawang merah (dikisar)
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 cm halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 1cm lengkuas (dikisar)
  • 2cm kunyit hidup (dikisar)
  • 5 biji buah keras (dikisar) - i omit
  • 2 sudu besar kas-kas (dikisar)
  • 2 sudu besar biji ketumbar (dikisar)
  • 1 sudu besar jintan putih (dikisar)
  • 1 sudu besar jintan manis (dikisar)
  • 1 tin sup tomato - small tin
  • Gula
  • Garam

Cara Penyediaan

  • Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali dan tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis.
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar dan tumiskan lagi sehingga harum dan pecah minyak
  • Masukkan sedikit air dan masukkan ayam yang telah digoreng
  • Setelah mesra, masukkan sup tomato, garam & gula.

2 comments:

  1. salam Zihan...

    alahai sedapnya... buat perut akak berkeroncong aje...

    Ni kalau buat hidangan pagi Raya Haji pun OK jugak kan.. mesti anak2 suka!

    ReplyDelete
  2. w'salam kak ita...waa terharunyer kak ita sudi singgah ke blog kite yg tak seberapa ni..tq banyak2!

    Betol tu kak ita..kalau jadikan nasi tomato ni sbg juadah raya or open house pon ok jugak..ape lagi makan ngan gulai or kerutup daging korban..mmg meletop..hehe

    ReplyDelete