Wednesday, November 2, 2011

Belated Mama's Birthday and Red Velvet Cake

Asslamualaikum wbt..

Harini dah 7 Zulhijjah 1432 H...beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha..kite macam biase balik kampung ler..giliran raya haji tahun ni kat Ganu..tak sabar!!

Biasenye raye haji ni takdela meriah sangat dengan aktiviti kunjung-mengunjung..umat Islam sume akan lebih busy dengan ibadah Qurban..time ni la orang sume pakat nak buat kenduri Aqiqah, tak kurang jugak ade yang ambil kesempatan buat kenduri kawen sbb sedara duk pakat ade kat kampung..kite pon ade jemputan dari teman kat Dungun sehari sebelum raya..kalau sempat sampai insyaAllah adela muke kite kat situ yer..InsyaAllah...:)

Nampak bunga rose comey2 kat atas tu?kite letak tu bukan sekadar hiasan tau..actually that was my mom's birthday cake yang kite baked last month..dah abes kene ngap baru nak letak kat sini kan..takpe..at least gambar ade..boleh share ngan u all n boleh buat rujukankalau nak buat lain kali..



I made the fondant rose dengan my sister one day before i baked the cake..nasib baik ade yang nolong..kebetulan die nak belajar buat rose tu..alaa bukan susah pon..and yang best part is the cake!Selalu kite tengok2 kat blog2 orang jer Red Velvet Cake ni...mengancam sungguh warna merah die tu..so kite pon duk teliti bahan2 die..takdela susah sangat..p belek2 kat bahan2 kat pantry..kebetulan semua ade..so inilah hasilnya..:)


Sorila gambar xberapa indah gitu..hehe i wish i have a better camera to snap the pic of this cake..Kalau dah ade yg terliur boleh ler ambek resepi ni yer..thanx to Kak Zai Teratak Impian for this nice recipe..


RED VELVET CAKE RECIPE

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone (i ganti cream cheese)
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut

Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment